Tuesday, July 5, 2011

KERANA DIA-

Jam menunjukkan pukul 10.00 a.m. Arif bersiap sedia ke perpustakaan jika ada kelapangan diwaktu rehat. Semua ini dilakukan bukan hanya kerana peperiksaan setengah tahun semakin dekat, tapi ada sesuatu yang terus menarik perhatiannya saat pertama kali memasuki perpustakaan itu pada tahun ini. Arif merupakan seorang pengawas sekolah juga merangkap sebagai ketua pengawas. Bila tiba waktu rehat, Arif akan sibuk memantau rakan-rakan pengawas yang lain menjalankan tugas. Tapi tidak untuk disetiap hari Rabu. Di dalam perpustakaan, Arif selesa mengambil tempat disudut susunan rak-rak ilmu yang tidak kurang dari nipis sehinggalah setebal buku teks. Dari sudut itu, Arif melihat DIA menyusun buku-buku yang telah diselerakkan oleh pelajar-pelajar yang tidak bertanggungjawab. DIA berbaju merah jambu menyusun buku-buku itu dengan teliti dan berhati-hati kerana kebanyakkannya sudah rosak tapi masih boleh digunakan. Ya, DIAlah yang telah mencuri perhatian Arif dikala kali pertama memasuki perpustakaan itu. Arif hanya mampu mengintai dari celahan susunan buku-buku dari jauh. Setiap hari Rabu, DIA berbaju merah jambu itu akan sentiasa berada di perpustakaan ini dan akan melakukan kerja-kerja menyusun buku seperti selalu. Kerana itulah, Arif tidak sabar untuk ke perpustakaan.

DIA seorang pengawas perpustakaan dan juga merupakan pelajar sidang petang, akan mengambil tugas di perpustakaan pada sidang pagi. Menyusun buku-buku setiap hari adalah kerja yang tiada penghujungnya sehinggalah semua pelajar faham erti keprihatinan dan tanggungjawab. Memikul tanggungjawab menjaga buku-buku di perpustakaan seperti menggalas beban yang berat. Setiap buku-buku ilmiah yang dipinjam oleh pelajar sekolah itu, haruslah dipulangkan bila tiba tempoh tamat peminjaman. Buku-buku ilmiah itu juga haruslah berupa elok seperti asal dari mula dipinjam sehinggalah sampai tempoh tamat. Sebarang kecuaian yang dilakukan oleh pengawas perpustakaan haruslah ditanggung sendiri. DIA yang sedia memikul tanggungjawab itu, berusaha menjaga harta benda sekolah yang tidak ternilai harganya.

10.30 a.m. loceng berbunyi menandakan rehat sudah tamat. Arif mula mengemas buku-buku yang dibacanya dan disusun dengan rapi seperti mula-mula diambil dari rak . Meninggalkan perpustakaan itu dengan keluhan adalah perkara wajib bagi Arif disetiap minggu....

0 TukaNg KomEn:

Post a Comment